Best till the end

"Weh Petang ni ada koko la. Mak kite suh stayback. Malas nak hantor." Aku memulakan mukadimah.
 Tapi bila melihatkan yang dia diam aje, aku sambung bicara.

"Jomlah stayback sekolah sesama." Mula sesi memujuk.

"Alah taknak lah. Umah kite dekat je. Taknak lah stayback. Nak mandi apa semua." Dia membuat alasan. Aku pula buat muka sedih. Pelish awak!

"Haaa ct ikut je lah kite balik? Nanti 3 datang ah balik sini." Yesss akhirnya! Ini yang aku mahukan. Hahaha (gelak jahat)

"Haah la kite tak terpikir pulak. Boleh boleh boleh, jom!" Yelatu tak terfikir. Walhal benda ini yang di tunggu-tunggu dari tadi. Hehehe.

"Taknak ajak ain?" Dia tanya.

"Mak ain tak kasi punya lah." Dia menjungkit bahu.

Setelah berjalan kaki tidak sampai 200 meter, akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju. Dalam hati aku ni kata, umah kosong je ke? Yela kat luar tu pagarnya kosong aje. Kalau kat rumah aku pagar ni tak kering dari baju-baju kami yang melambak. Lepastu di satu sudut cuma ada dengan tin-tin biskut yang kosong, satu sudut pula cuma ada sekaki payung usang. Di belah hadapan pulak ada dua ekor arnab yang gemok yang sedang bobo di dalam sangkar. Cute!

Tapi bila aku jejakkan kaki ke dalam rumahnya, MasyaAllah, modern yang amat. Di ruang tengah ada satu set sofa gebu berwarna hazel beserta meja di tengahnya. Tv berpuluh-puluh inci melekat di dinding serta frame gambar tergantung di sana sini. Di bahagian dalam pula dapurnya, walaupun sempit tetapi tetap menarik warnanya. Aku kagum. Kat luar rumah macam rumah hantu terbiar je, bila masuk dalam, rumahnya cantik sangat.

Sementara menunggu si Izzatie masak, aku tonton tibi. Di sebelahku ada kakak zatie. Cantik. Tapi macam sombong sikit lah. Tak banyak bercakap. Dia dengar ajelah aku berceloteh. (Percaya atau tak aku dulu adalah seorang yang manyak potpetpotpet)

Lepas makan, aku dan zatie naik ke atas. Sementara tunggu dia mandi aku memerhatikan setiap sudut di dalam biliknya. Simple. Katil, meja belajar, rak buku dan almari. Banyak gambar yang ada di atas meja belajar dia. Aku perhatikan satu-satu. Tiba-tiba tawaku terburai bila melihat sekeping nota terlekat di dinding yang tertulis,

Nyah, petang ni kita main masak-masak. Nasi goreng satu, mee hailam satu, ais kosong satu.

Nyah stand for Zatie. Tawaku sekali lagi terburai. Sangat kelakar. Habis Zatie mandi, aku tanya;

"Weh Zatie kamu main ngan siapa masak-masak ni?" Sambil ketawa, aku menunding jari ke arah nota kecil tu.

"Main ngan kakak lah takkan ngan ikmal pulak." Ikmal adik Zatie.

"Muka kakak punya matang tapi main memasak? Hahahaha!" Tawa kami sama-sama terburai.

Sedar tak sedar, jam hampir ke angka 3. Kami berangkat ke sekolah.

"Thank zatie. Rumah kamu cantik sesangat." Dia tersenyum. Menampakkan asetnya yang mahal gitu. Lesung pipit.

Ringkas kan cerita ajelah. Peristiwa ni hampir 3 tahun berlalu. Masa tu kami ambil upsr. Bila keputusan yang sikit lagi nak cemerlang tu keluar, kami berpisah. Sedih bukan kepalang. Yang amat!Tinggallah aku dan ain. Zatie masuk asrama. Lepas tu, duduk sama-sama dengan ain, pergi lost world dengan ain, ups, kelab dan permainan dengan ain. Tapi ain pulak pergi tinggalkan aku keseorangan. Jahat! Semua jahat! Zatie dan ain hanya tinggal kenangan. Tapi tak bermakna aku lupa pada korang. Tahun 2012 ni takdir temukan aku dan zatie setelah hampir 3 tahun terpisah. Zatie cantik, cun, comel. Kami jumpa di giant, aku baru nak masuk ke dalam giant sambil ushar cina tomei, tersempak dengan zatie and family yang tengah nak bayar barang di kaunter. Dia berpaling dan senyum ke arah aku. Aku? Sengih ajelah. Suka apabila di pertemukan. Aku lambai ke arahnya. Memang nak pergi kat dia tapi bila teringat yang mak dia tu garang, tak jadilah. Sudahnya kami berbalas pandang sambil tersengih. Aku lambai dia buat kali terakhir. Dan sampai sekarang tak jumpa dah.

InsyaAllah kalau ada rezeki, adalah. Kita masih berpijak di bumi yang sama, masih dibawah langit yang sama kan. Tak mustahil untuk jumpa. Ain di pahang, zatie kat perak je ni. InsyaAllah suatu hari nanti kita akan jumpa lagi.

Dear friends, i'll never forget our friendship forever.

Wasalam cinta sekalian! :)

I Miss You!

Assalamualaikum wbt.

Sejuk betul hari ni. Petang malam hujan. Seronok gila petang dah tidur, lepas maghrib pun krooh krooh lagi. Mana tak gemuk, eksesais pun gitu-gitu je. Lemak pun tak naik. Di tambah pulak semalam makan biskut cheese 2 bungkus bersamaan 8 keping. Haih agak-agak kalau seminggu cenggini, apa rupa aku eh? Gemuk pendek? Oh noooo.

Sebenarnya bukan itu yang aku nak ceritakan. Simple story, masalah kanak-kanak, and blablabla. Kita bukan nak gaduh tapi kalau nak mintak tolong pun cara yang menjengkelkan macam mana tu ye? Okay let's begin. Semalam aku teringat permintaan seorang ibu untuk aku mengajar anaknya bermain gitar. Ok aku on. And sejak cuti ni aku sesaja jelah kan tegur dia bila online facebook. Saja lah tanya khabar tapi dia balas endah tak endah je. And suatu hari tu aku tanya dia, awak nak belajar main gitar ke tak? Then she said, 'tah'. Eeee geramnya. Pastu aku balas, kalau nak belajar bagitau lah tau. Pastu dia balas 'ok'. Ok. tu je. Tu je. Nampak macam aku yang ecited nak ajarkan dia main gitar. Sememangnya aku bukanlah pemain yang handalan tapi saja nak ajar. Mak dia sendiri jumpa aku suruh ajarkan anak dia. Aku nak ajar, dia buat tak endah. Tak apalah kalau orang taknak. Blink blink. Sorry makcik tak dapat nak ajar anak makcik. 

Bila kita ajak dia chatting, balas cenggitu je. Bila ajak jumpa, kakak spm. Bukan dia pun yang spm. Bila ajak itu taknak, ini taknak. Lupakah awak terhadap persahabatan yang kita bina selama 2 tahun ni? Aku perasankan perubahan ni sejak dia pindah sekolah di kuala kangsar. Sedih bukan kepalang aku. Bila kawan sendiri buat cenggitu. Masa susah, call aku. Cerita masalah. Tapi bila orang tu sibuk dengan kawan baru, sibuk dengan pakwe, lupa kawan lama. I'm really sorry dear. Dissapointed! Takpe, selagi hayat dikandung badan, aku takkan putuskan persahabatan yang telah kita bina. Okay ni just masalah kanak-kanak seperti aku. Sesiapa yang terbaca ni just ignore. Hahahaha just nak kongsi masalah. And btw, i miss you.

Walau apapun terjadi, sikap endah tak endah awak, saya setia menunggu awak, sahabat! Semoga Allah swt memberkati talian persahabatan kita. InsyaAllah.

p/s: Kalau awak terbaca, saya minta maaf. I miss you girl!

=)

=')

Assalamualaikum wbt.

~~~

Hari yang indah. Mendung dan tak terik seperti selalu. Selepas solat Asar, jam sudah berganjak ke angka 5. Aku mengambil tempat di dewan Seri Budiman sebab lepas ni ada majlis penutup sekolah bagi tahun 2012. Ahhh tahun depan aku ke sesi pagi. =( Lepas ambil tempat, aku sembang dengan rakan pengawas aku, syabila dll. Dari jauh kelihatan Darysyini ke arah aku. Dia bagi aku kertas mc. Mc? Lagi? Memang melampaulah cikgu. Dalam seminggu tahun terakhir tu ada 3-4 majlis. 3-4 majlis tu jugaklah aku jadi MC. Aku yang handle semua. Adil ke?

"Kak ct kite teringin nak jadi mc."

"Weh asal kmu aje yang jadi mc. Kite nak jugak."

Itulah kata-kata orang kat aku. Agaknya diaorang dah jemu nak dengar suara aku berbicara dalam majlis tu kut. Aku sebenarnya tak kisah sangat kalau jadi pun takpe lah tapi aku cuma kasihankan rakan-rakan lain yang tak berpeluang nak jadi mc tahun ni. Diaorang semua ingat aku kemaruk nak jadi pengacara majlis. Sorry! Aku ambil keputusan nak bagi orang lain ajelah jadi mc. Aku mendaki tangga satu persatu. Sampailah ke bilik guru. Dan sampailah ke meja guru yang suruh aku jadi mc. Aku pun tanyalah cikgu.

"Cikgu, saya taknak jadi mc harini boleh?"

"Adoi, asal pulak?"

"Sebab saya kesian kat kawan pengawas saya yang lain. Diaorang cakap diaorang nak jadi. Boleh?"

"Dah saya suruh kamu, kamu nak suruh orang lain buat apa?"

"Haaa macam ni lah cikgu..."

Belum sempat aku habiskan kata-kataku, cikgu menjerit kat aku. Aku tak sangka!

"Dah pergi keluar! Taknak sudah!" 

Rasanya dengan suara cikgu yang kuat macam tu, seisi bilik guru memandang aku. Mesti cikgu yang lain sangka aku ni biadab dan tidak hormat guru. Aku cuba bercakap dengan cikgu dengan niat ingin memujuk cikgu.

"Err, cikgu kalau cikgu marah saya jadilah mc harini.."

"Saya cakap keluar-keluar lah! Dah pergi-pergi..."

Talam yang cikgu pegang di kibas-kibaskan ke arahku. Dengan perasaan yang berbaur, aku keluar. Tak dapat menahan air mata ini, akhirnya merembes keluar. Tak sangka cikgu jerit kat aku, sedihnya tak terkata. Kat luar bilik guru, aku terserempak dengan Cikgu Jat. Dia ada tanya kenapa aku nangis tapi, aku hanya menggeleng. Aku turun ke tingkat bawah. Menceritakan segalanya kat Darysyini dengan keadaan aku yang tersedu-sedan ni. Darysyini pula naik ke atas untuk tanya hal yang sebenar kat cikgu.

Aku dengan perasaan yang sebak lagi, jalan ke arah dewan sri budiman. Semua rakan pengawas aku tanya tapi aku enggan beritahu. Biarlah ianya terbuku di hati aku. Darysyini pula turun dengan muka yang serius. Aku menerpa ke arahnya.

"Kenapa?" Aku tanya.

"Kalau saya tak elak tadi, mesti cikgu dah pukul dan baling talam tu kat saya,"

Aku? Apa lagi, nangis ler... Sedih di perlakukan sebegitu. Tak ingatkah cikgu, bahawa akulah yang selalu membantunya dalam semua urusan protokol. Bukan aku hendak ungkit dan tidak ikhlas menolong tapi... Speechless!

Tiba-tiba pengunguman di hadapan mengejutkan aku,

"Semua pengawas perempuan sila ke hadapan."

Pembantu penolong kanan petang buat arahan tu, aku dengan tersedu-sedan pergi ke hadapan. ppkp pandang ke arah aku. Tengok aku nangis, dia melarikan pandangannya. Aku tahu dia tahu perkara yang sebenar sebab masa aku kena marah tadi, dia ada di tepi. Hanya mampu menyaksikan sahaja.

Bila habis aje event terakhir tu, ada sesi salam menyalam guru-guru. Memang niat di hati nak salam cikgu tadi tapi, takut juga huluran aku tak disambut. tindakan cikgu bukan boleh di sangka. Akhirnya aku titipkan pesanan buat cikgu kepada rakan yang lain. Biarlah kemaafan ini dari hati, Bukan dari mulut. Terima kasih cikgu sebab dah berbakti kat saya. Sampai dari C ke B. Dari B ke A akhirnya. Thanks cikgu.

Itulah kenangan pahit yang aku lalui. Aku tak salahkan cikgu. Mybe pembawakan budak. Cikgu mengandung 4 bulan. Saya doakan cikgu sihat-sihat aje.!

~~~

Assalamualaikum.


Klik ni =)