Me

Assalamualaikum wbt.

Khadijah. Masih muda bin belia lagi. Jadi umur dirahsiakan. Dia di lahirkan oleh seorang puan yang sangat comel, sangat garang, sangat sweet, dan sangat baik.. Walaupun anak ke empat dia ni malas yang teramat sangat, dia tetap sabar. Dia seorang puan yang awsome!

Khadijah. Seorang yang suka menulis kisah cinta yang merapu. Ayat tunggang langgang. Walaupun dia tau, tetapi dia tetap jugak nak tulis. Mengada bukan? Dia tak mengharapkan ramai peminat novel dia sebab dia tau novel dia semuanya merepek. Jadi, dia akan habiskan novel terakhir dia and then lepas tu dia akan berhenti menulis sebab dia pun dah menyampah dengan kisah-kisah cinta ni. Tulis kisah cinta tapi dia tetap dengan pendiriannya, tak payah nak berchenta sangat la kan.

Khadijah, minatnya pada penulisan dan bermain piano. Dia sekarang tengah belajar bermain piano di sebuah institude. Feveret dia main lagu sedetik lebih, you are my sunshine and fur elise. Yang fur elise tu sila tanya pakcik Google kerana mesti anda semua taktau lagu apa yang dia main. Itu antara lagu feveret yang selalu di mainkan sehingga puan awsome sudah jemu mendengarnya.

Khadijah. Seorang pengawas sekolah yang kadang-kadang garang, kadang-kadang penakut. Muka yang serius padahal selalu main-main. Dia ada spek mata yang comel! Dia ni pelat 'r'. Kesian dia selalu di ketawakan oleh rakan-rakan yang durjana. Eheh! Dia ni pendek dan selalu berdoa agar dia jadi tinggi suatu hari nanti. Dia tak suka couple.

Khadijah. Dia ada seorang ayah dan puan awsome yang terbaik dalam dunia. Dia harap kasih-sayang yang selama ini di lemparkan buatnya tak akan dia sia-siakan. Dia akan berbakti kepada mereka suatu hari nanti. Ada abang yang perasan hensem, abang yang gatal, kakak yang garang tapi cute dan adik yang gemok dan kuat makan. Suka cari gaduh tapi fikirkan balik, tak baik gaduh-gaduh. Katanyaaa. =P

Dan Khadijah juga, InsyaAllah taat kepada Allah dan Rasulullah, InsyaAllah taat kepada ibubapa dan guru, InsyaAllah jadi orang yang berguna kepada masyarakat dan berguna kepada ibu bapa suatu hari nanti. InsyaAllah akan sentiasa menjaga lidah dan auratnya


Hai aku Khadijah. Alhamdulilah, hati aku masih bersamaNya. 



No comments:

Post a Comment

Klik ni =)