=')

Assalamualaikum wbt.

~~~

Hari yang indah. Mendung dan tak terik seperti selalu. Selepas solat Asar, jam sudah berganjak ke angka 5. Aku mengambil tempat di dewan Seri Budiman sebab lepas ni ada majlis penutup sekolah bagi tahun 2012. Ahhh tahun depan aku ke sesi pagi. =( Lepas ambil tempat, aku sembang dengan rakan pengawas aku, syabila dll. Dari jauh kelihatan Darysyini ke arah aku. Dia bagi aku kertas mc. Mc? Lagi? Memang melampaulah cikgu. Dalam seminggu tahun terakhir tu ada 3-4 majlis. 3-4 majlis tu jugaklah aku jadi MC. Aku yang handle semua. Adil ke?

"Kak ct kite teringin nak jadi mc."

"Weh asal kmu aje yang jadi mc. Kite nak jugak."

Itulah kata-kata orang kat aku. Agaknya diaorang dah jemu nak dengar suara aku berbicara dalam majlis tu kut. Aku sebenarnya tak kisah sangat kalau jadi pun takpe lah tapi aku cuma kasihankan rakan-rakan lain yang tak berpeluang nak jadi mc tahun ni. Diaorang semua ingat aku kemaruk nak jadi pengacara majlis. Sorry! Aku ambil keputusan nak bagi orang lain ajelah jadi mc. Aku mendaki tangga satu persatu. Sampailah ke bilik guru. Dan sampailah ke meja guru yang suruh aku jadi mc. Aku pun tanyalah cikgu.

"Cikgu, saya taknak jadi mc harini boleh?"

"Adoi, asal pulak?"

"Sebab saya kesian kat kawan pengawas saya yang lain. Diaorang cakap diaorang nak jadi. Boleh?"

"Dah saya suruh kamu, kamu nak suruh orang lain buat apa?"

"Haaa macam ni lah cikgu..."

Belum sempat aku habiskan kata-kataku, cikgu menjerit kat aku. Aku tak sangka!

"Dah pergi keluar! Taknak sudah!" 

Rasanya dengan suara cikgu yang kuat macam tu, seisi bilik guru memandang aku. Mesti cikgu yang lain sangka aku ni biadab dan tidak hormat guru. Aku cuba bercakap dengan cikgu dengan niat ingin memujuk cikgu.

"Err, cikgu kalau cikgu marah saya jadilah mc harini.."

"Saya cakap keluar-keluar lah! Dah pergi-pergi..."

Talam yang cikgu pegang di kibas-kibaskan ke arahku. Dengan perasaan yang berbaur, aku keluar. Tak dapat menahan air mata ini, akhirnya merembes keluar. Tak sangka cikgu jerit kat aku, sedihnya tak terkata. Kat luar bilik guru, aku terserempak dengan Cikgu Jat. Dia ada tanya kenapa aku nangis tapi, aku hanya menggeleng. Aku turun ke tingkat bawah. Menceritakan segalanya kat Darysyini dengan keadaan aku yang tersedu-sedan ni. Darysyini pula naik ke atas untuk tanya hal yang sebenar kat cikgu.

Aku dengan perasaan yang sebak lagi, jalan ke arah dewan sri budiman. Semua rakan pengawas aku tanya tapi aku enggan beritahu. Biarlah ianya terbuku di hati aku. Darysyini pula turun dengan muka yang serius. Aku menerpa ke arahnya.

"Kenapa?" Aku tanya.

"Kalau saya tak elak tadi, mesti cikgu dah pukul dan baling talam tu kat saya,"

Aku? Apa lagi, nangis ler... Sedih di perlakukan sebegitu. Tak ingatkah cikgu, bahawa akulah yang selalu membantunya dalam semua urusan protokol. Bukan aku hendak ungkit dan tidak ikhlas menolong tapi... Speechless!

Tiba-tiba pengunguman di hadapan mengejutkan aku,

"Semua pengawas perempuan sila ke hadapan."

Pembantu penolong kanan petang buat arahan tu, aku dengan tersedu-sedan pergi ke hadapan. ppkp pandang ke arah aku. Tengok aku nangis, dia melarikan pandangannya. Aku tahu dia tahu perkara yang sebenar sebab masa aku kena marah tadi, dia ada di tepi. Hanya mampu menyaksikan sahaja.

Bila habis aje event terakhir tu, ada sesi salam menyalam guru-guru. Memang niat di hati nak salam cikgu tadi tapi, takut juga huluran aku tak disambut. tindakan cikgu bukan boleh di sangka. Akhirnya aku titipkan pesanan buat cikgu kepada rakan yang lain. Biarlah kemaafan ini dari hati, Bukan dari mulut. Terima kasih cikgu sebab dah berbakti kat saya. Sampai dari C ke B. Dari B ke A akhirnya. Thanks cikgu.

Itulah kenangan pahit yang aku lalui. Aku tak salahkan cikgu. Mybe pembawakan budak. Cikgu mengandung 4 bulan. Saya doakan cikgu sihat-sihat aje.!

~~~

Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment

Klik ni =)